KUBM mengalu-alukan kedatangan pelajar baru terutama dari Sabah & Sarawak yang melapor pada bulan Julai yang lepas. Pelajar-pelajar junior telah pun selesai menjalani sesi orientasi yang dikendalikan oleh Catholic Varsity Student Fellowship (CVSF) pada minggu lepas. Semoga para pelajar yang baru dapat menyesuaikan diri dengan suasana baru di Kuantan. Pihak KUBM mengucapkan Selamat datang Ke Kuantan!.
Picture
aktiviti-aktiviti yang dijalankan
Picture
ahli keluarga yang baru
 
Hujung minggu yang lepas, empat orang biarawati @ sisters dari Kuala Lumpur datang ke Kuantan untuk sesi formasi bagi umat-umat Bahasa Malaysia. Mereka memberi formasi tentang kepentingan musim pra-paska ini untuk berubah dan mendekatkan diri dengan Tuhan. Setiap sesi dipecahkan kepada kanak-kanak, belia dan keluarga.

Picture
formasi di Chapel St. Theresa
Picture
sesi pengenalan sister
Picture
formasi umat BM di dewan gereja
Picture
sesi formasi untuk belia di bilik varsity
Sisters juga melawat umat BM mengikut kelompok iaitu di Kem Galing, St. Theresa's Chapel dan Balok. Ini untuk mengetahui permasalahan yang dihadapi oleh umat BM yang rata-rata terdiri daripada anggota keselamatan. 
Picture
Kesimpulannya, kedatangan sisters ke Kuantan telah dimanfaat sepenuhnya oleh umat BM. Pelbagai persoalan telah terungkai dengan sesi soal jawab dan penerangan daripada sisters. Semoga sisters akan datang semula ke Kuantan untuk sesi-sesi yang akan datang.
Picture
 
Picture
gotong-royong bermula jam 0900
Pagi Sabtu memang hari yang sesuai untuk semua keluarga berkumpul bersama-sama. Pada 27 Februari lepas, KUBM ST. Thomas Kuantan telah menganjurkan satu gotong -royong di St. Theresa's Chapel. Gotong- royong ini disertai oleh keluarga-keluarga daripada Perumahan Keluarga Markas 4 Briged Mekanis serta pelajar-pelajar daripada Universiti Malaysia Pahang. Turut menyertai gotong-royong ialah 5 orang dari ASAYO Kuala Lumpur. 

Picture
berat sama dipikul. ringan sama dijinjing
Picture
tiang papan tanda chapel siap untuk didirikan
Kaum lelaki melakukan kerja-kerja seperti menyusun potongan kayu, mendirikan papan tanda dan memotong rumput. Kaum wanita pula melakukan kerja-kerja memasak unruk makan tengah hari. Objektif gotong royong tercapai di mana kawasan chapel bersih dan tersusun disamping mengeratkan ikatan persaudaraan di kalangan umat.
 
Start blogging by creating a new post. You can edit or delete me by clicking under the comments. You can also customize your sidebar by dragging in elements from the top bar.