Pengenalan

Picture
Kumpulan Umat Bahasa Malaysia atau singkatan KUBM terdiri daripada umat-umat Katolik yang menggunakan Bahasa Malaysia sebagai medium pengantaraan dalam ajaran gereja. Di Gereja St. Thomas Kuantan, umat-umat BM ini kebanyakannya berasal dari Sabah dan Sarawak. Mereka bekerja sebagai anggota keselamatan, penjawat awam serta pelajar-pelajar dari institusi pengajian tinggi. Beberapa tahun yang lepas, KUBM ini bergerak dalam kumpulan umat yang kecil sahaja. Tiada satu organisasi yang khusus untuk menjaga kebajikan umat BM di Kuantan. 

Atas inisiatif Rev. Fr. Eugene Benedict, KUBM diorganisasikan semula dengan diketuai oleh Encik Micheal Tenawi dan dibantu oleh  Patros. KUBM diberi kepercayaan untuk menjaga Chapel St.Theresa, Jalan Gambang oleh Paroki St.Thomas, Kuantan. Chapel itu juga menjadi tempat bertemu para umat BM. Aktiviti seperti gotong royong diadakan setiap Sabtu untuk membersihkan chapel. Kini, KUBM semakin bergiat aktif dalam apa jua aktiviti di gereja. Selain diberi amanah dalam menjaga chapel, umat BM juga diberi kepercayaan untuk animate mass pada minggu terakhir setiap bulan. Beberapa umat BM dilantik untuk menjadi communion minister semasa misa tiap minggu. Di bawah kepimpinan Rev. Father Danny, KUBM kini bergerak seiring dengan umat-umat lain di Gereja St. Thomas, Kuantan. 


Objektif KUBM, Kuantan

  • Menyatukan semua umat Katolik yang bertutur Bahasa Malaysia sebagai medium perantaraan.
  • Menjaga kebajikan umat BM.
  • Menjalin hubungan kekeluargaan