Hujung minggu yang lepas, empat orang biarawati @ sisters dari Kuala Lumpur datang ke Kuantan untuk sesi formasi bagi umat-umat Bahasa Malaysia. Mereka memberi formasi tentang kepentingan musim pra-paska ini untuk berubah dan mendekatkan diri dengan Tuhan. Setiap sesi dipecahkan kepada kanak-kanak, belia dan keluarga.

Picture
formasi di Chapel St. Theresa
Picture
sesi pengenalan sister
Picture
formasi umat BM di dewan gereja
Picture
sesi formasi untuk belia di bilik varsity
Sisters juga melawat umat BM mengikut kelompok iaitu di Kem Galing, St. Theresa's Chapel dan Balok. Ini untuk mengetahui permasalahan yang dihadapi oleh umat BM yang rata-rata terdiri daripada anggota keselamatan. 
Picture
Kesimpulannya, kedatangan sisters ke Kuantan telah dimanfaat sepenuhnya oleh umat BM. Pelbagai persoalan telah terungkai dengan sesi soal jawab dan penerangan daripada sisters. Semoga sisters akan datang semula ke Kuantan untuk sesi-sesi yang akan datang.
Picture



Leave a Reply.