Picture
gotong-royong bermula jam 0900
Pagi Sabtu memang hari yang sesuai untuk semua keluarga berkumpul bersama-sama. Pada 27 Februari lepas, KUBM ST. Thomas Kuantan telah menganjurkan satu gotong -royong di St. Theresa's Chapel. Gotong- royong ini disertai oleh keluarga-keluarga daripada Perumahan Keluarga Markas 4 Briged Mekanis serta pelajar-pelajar daripada Universiti Malaysia Pahang. Turut menyertai gotong-royong ialah 5 orang dari ASAYO Kuala Lumpur. 

Picture
berat sama dipikul. ringan sama dijinjing
Picture
tiang papan tanda chapel siap untuk didirikan
Kaum lelaki melakukan kerja-kerja seperti menyusun potongan kayu, mendirikan papan tanda dan memotong rumput. Kaum wanita pula melakukan kerja-kerja memasak unruk makan tengah hari. Objektif gotong royong tercapai di mana kawasan chapel bersih dan tersusun disamping mengeratkan ikatan persaudaraan di kalangan umat.



Leave a Reply.