Doa sebelum makan

Ya Tuhan, 
berkatilah kami
dan segala pemberian 
yang akan kami terima 
daripada kurniaan-Mu
Kami mohon ini demi Kristus, Tuhan kami
Amen.

Doa selepas makan

Ya Tuhan,
kami bersyukur 
atas segala pemberian ini
yang telah kami terima
daripada kurniaan-Mu
Kami bersyukur demi Kristus, Tuhan kami.
Amen.

Doa seorang pelajar

Ya Tuhan, Yesus Kristus
Aku memuji dan bersyukur kepada-Mu
kerana Engkau telah memberi aku peluang untuk belajar
agar aku berkembang
Engkau mahu aku menjadi seorang dewasa yang berguna
kepada Tuhan dan sesama manusia
Engkau menghendaki supaya aku dapat
memuliakan Tuhan 
dan berbakti kepada sesama manusia
dalam hidup dan kerjaku
Ya Tuhan
tolonglah agar aku dapat menyediakan diriku dengan rajin
Terangi akalku, Lindungilah aku
supaya aku sihat dan tabah
Dan berkatilah aku
agar aku berjaya dalam pelajaranku
Berkatilah pula ibu-bapaku dan guru-guruku 
kerana merekalah yang menyokong pelajaranku
Roh Kudus, penolongku
bantulah aku dalam pelajaranku
(akhiri dengan doa Salam Maria)