Sejarah Komuniti Katolik di Kuantan

Picture
Komuniti Katolik di Kuantan agak sedikit pada suatu masa dulu. Para missonaries datang dari Singapura dan Kuala Lumpur untuk memenuhi keperluan iman umat Katolik di Pantai Timur. Para paderi yang datang ke Pantai Timur adalah dari "Foreign Missions of  Paris” (MEP). Rekod pembaptisan terawal adalah upacara pembaptisan Joseph Liao Ah Gni (35),Andrew Teu Ah Mau (34) dan Lazarus Voun Sui Tso (33) oleh Rev. Fr. Vincent Gazea, di Belat dekat Kuantan pada tahun 1906. 

Perintis kepada aktiviti missionari di Pantai Timur ialah Fr. Henri Duvelle, MEP. Pada 1911, beliau telah mendirikan chapel di Belat untuk kegunaan umat keturunan Cina beribadat. Walau bagaimanapun, chapel terbabit telah hangus dalam kebakaran menyebabkan keluarga Cina berpindah ke tempat lain. Rentetan daripada peristiwa itu, Fr. Henri Duvelle, MEP telah membeli sebidang tanah di Jalan Gambut seperti yang ada sekarang. Sebuah chapel baru dibina dan telah diberkati secara rasminnya oleh Bishop Barillon dari Singapura pada 24th Februari 1913. 

Fr. Louis Guittat MEP merupakan paderi pertama yang tinggal secara tetap di Kuantan. Beliau mula tinggal di Kuantan pada 17th. September, 1949. Semenjak itu, beberapa paderi silih bertukar-ganti menetap di Kuantan. Kini, Paroki St. Thomas Kuantan diterajui oleh Rev. Fr. Danny Mathews.


Pada 30 Januari 1968, Bishop Vendargon telah memberkati gereja baru bagi memberkati gereja lama yang diperbuat daripada kayu. Kemudian pada 31 Ogos 2007 merupakan hari bermakna kepada umat Katolik di Kuantan kerana telah mempunyai bangunan komuniti sendiri. Bangunan itu telah diberkati oleh Archbishop Tan Sri Murphy Pakiam.

Bangunan Komuniti
Picture
Perayaan Tahun Baru Cina

kembali ke   <<<Gereja St. Thomas